~AHLI FIKIR~

BERFIKIR CARA TUHAN


wardah
sekuntum bunga yang cantik
wangi...
setiap yang lalu pasti berhenti seketika melihatnya.

terdapat banyak wardah di dunia
dan ada yang pelbagai warna
canti
wangi..
tidak kira berwarna apa
bila namanya wardah
maka dia cantik..

kulihat terdapat banyak wardah
yang dijadikan hadiah
saguhati
kenang-kenangan
kerana wardah melambangkan
penghargaan
dan kasih sayang
dan dia cantik
wangi..

tetapi tidak pernah
terlintas bagiku
mencari sekuntum wardah
tidak pernah aku menyemai
pohon-pohon wardah
masakan pula aku mahu mendapatkannya
jauh sekali bagiku
seperti mustahil wardah bagiku
meskipun aku tidak pernah menipu
wardah itu cantik
wangi..

ketika aku berjalan-jalan
meniti laluan-laluan kecil hidup
bermacam bunga yang aku temui
ada hibiscus
ada orked
ada kemboja
disebuah taman awam
bukan aku sahaja
yang menikmati
tapi ramai lagi
maka aku terus berjalan..

aku memandang kekiri
ada seseorang sedang
memetik dahlia
aku memandang kehadapan
ada yang sedang menyiram
ezora..
tapi aku terus
berjalan-jalan..

sehingga satu masa
aku bertemu sebuah taman
larangan..
dilindungi pagar-pagar kayu
yang usang
dikunci dan dirantai
taman itu menjadi semak belukar
kupandang kiri kanan
lalu kuterjun saja kedalamnya
untung badan
tiada yang memandang

aku berjalan dan
melihat lalang melambai
pohon-pohon renek
dilantai belukar
tiada apa yang indah
sehingga ia menjadi
taman larangan

akhirnya kau menjumpai
sekuntum wardah
yang amat wangi
kecil dan cantik
beberapa ekor rama-rama
melindunginya
dan ia benar-benar
cantik
wangi..

wahai wardah yang tersembunyi
mengapa engkau bersembunyi?
tidak mahukah kau
diperhatikan orang?
apakah yang ada
dalam belukar kelam
engkau janggal didalamnya
wahai wardah
mari ikut aku

wardah bersuara
aku ada tuhanku disini
dia yang menjadikan
aku cantik
wangi..
maka cantik
wangiku ini untuknya sahaja
dan orang yang
melakukan perkara yang
sama denganku

wahai insani
jika kau mahukanku
mintalah padaNya
minta izin juga
tuan taman ini
yang menyemai dan menyiramku
dengan air-air segar
dan bersih

wahai insani
aku terima sahaja
walau apa pun rupamu
asalkan rupa hatimu
sekufu dengan
kecantikanku
dan kewangianku

wahai wardah yang
tersembunyi
aku insani yang
kembali
aku insani yang tidak
berkudratkan duniawi
keranaku hanya mengharapkan
wardah dari ilahi..
aku menunggumu
wahai..


...~wardah yang tersembunyi~...

try tengok!

klik! klik!

klik! klik!

rahsia itu misteri~

rahsia itu misteri~

~RAHSIA~

Rahsia yang dikurniakan Allah telah dicipta bukan untuk mudah-mudah dipecahkan, tetapi perlu dirungkai melalui kajian dan pengumpulan pengalaman hidup. terdapat banyak rahsia di dunia ini...

dan jika saya jumpa satu, disinilah tempatnya untuk dikongsi~

klik! klik!

9 budak hitam~

DISKUSI SIDE

sahabat-sahabatku