~AHLI FIKIR~

BERFIKIR CARA TUHAN





wah.. PBS kali ni memang agak busan kadang2 bersangatan dan kadang macam best pulak..

tapi memang meriah ketika berjumpa dgn cikgu2 lame.. time perhimpunan.. pergh.. mereka begitu gumbira krn aku menjadi seorang guru..

perangai cikgu yang gila2 menyebabkan aku turut mengikut jejak mereka.
dan timekasih la jugak kat si seha dan fini... dari IPTI.. temankan ku buat PBS nih..

biskut yang korang bagi sayang giler nak makan.. sy letak kat tempat bunga plastik. tgk sampai ble boleh bertahan. hehe

and button yang diberi sudah ku letak di beg.. tenkiu.. sedangkan ku tidak memberi ape2. hu~





kecoh kerana mereka degil.. peniaga2 ini terlalu degil untuk berpindah sedangkan mereka diminta untuk berpindah demi keselamatan budak2 sekolah. budak sekolah ini tidak dapat dikawal ketika pulang dalam keadaan bazar ramadhan betul2 berada di hadapan sekolah lantas boleh membahayakan anak2 kecil ini. lagipun mereka diminta berpindah ketempat yang betul2 tak jauh dr tempat asal, masih satu jalan yang sama, seperti alih sesuatu dari kanan ke kiri sahaja. tetapi meraka masih berdegil. bak kata orang, kalau dah tak suka tuh, buat macam mana pun tetap tak suka. mereka terlalu degil!!





doktor itu kerjanya membantu,

menyembuh penyakit yang itu,
walau hanya penyakit kutu,
doktor bisa mencarinya di setiap penjuru.

malaikat maut itu kerjaya mencabut,
nyawa-nyawa umat hingga semput,
sakitnya terasa bagai diragut,
bila ketemu pasti kecut.

wahai doktor, kamu memahami tugasmu,
membantu yang sakit agar kembali tenang,
kerjaya doktor amal mulia solehnya,
ilmunya tinggi mencari penawar bisa,
namun begitu, mereka bukanlah bersahabat,
bukan juga bermusuhan,
itulah malaikat maut wajib beriman,
memerhati dan mengingati kaum manusia,
ingat mati.. mati.. mati..
aku mahu mencabut nyawa..

tetapi doktor itu menghalang tercabutnya nyawa,
diguna sedaya upaya dan macam,
agar tidak lari kemana2 si nyawa,
sedangkan malaikat maut itu setia menunggu,
menanti dan menghitung sambil berkata,
ajal tidak akan lewat sesaat tidak cepat sesaat,
mati itu pasti, hidup.... insyaAllah.

namun begitu adakalanya kita menanti yang mana..
yang mana-mana.. sahaja..
kita mencari doktor dulu,
tidak mengapa kita menunggu,
diruang menunggu rumah sakit kerajaan,
tidak mengapa biar bersila,
tetapi hairan pula pesakitnya ramai doktor pula
dibilang tiada,
tidak mengapa kita setia menunggu
menunggu itu kan indah.
tidak mengapa sehingga lewat 2-3 jam
tidak mengapa... tidak mengapa...
jasad setia hati bersumpah,
maka jadilah sumpah setia,
mari teruskan menunggu sehingga dipanggil ya..
sehinggalah tiba masa aku berkata..

~AGAKNYA MALAIKAT MAUT DATANG DULU DARI DOKTOR~




"kita berada di satu tempat, yang mana kita belum pernah sampai, tempat yang mana ia adalah mungkin, dan mungkin ia menjadi tak mungkin, xpelah, mari kita teruskan.." walaupun awak pada masa itu agak bingung dan tak faham apa-apa, awak hanya mendiamkan diri dan bersabar. sesungguhnya bersabar itu merupakan salah satu kunci kepada pintu2 kejayaan. dan hanya orang yang beriman sahaja yang mampu bersabar dengan dugaan.

perjalanan diteruskan, perjalanan ini agak jauh, namun begitu tidak pula terasa penatnya. ia umpama berjalan didalam mimpi, tidak kira jauh berbatu, namun ia tetap begitu. sehinggalah satu ketika tiba kaki yang berjalan di destinasinya. berdiri dihadapan sebuah pintu gerbang yang teramat besar dan indah. subhanallah. hati pula terasa amat gembira berbaur hiba, bagaikan ia kembali ke tempat asalnya, lalu hendak melepaskan diri dari jasad. titisan-titisan air mata membasahi pipi, dipinta ia mengalir mahupun dipaksa, ia hanya jatuh kerana kehendaknya sahaja.

lalu awak berkata, " kamu, kenapa tiba2 saya rasa macam ni? kenapa macam.." belum sempat kata2 awak disempurnakan, sy terus memegang bahu awak lantas berkata, "mengucaplah, bersaksikanlah bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah, dan sesungguhnya junjungan mulia baginda Muhammad S.A.W itu adalah pesuruh Allah. dihatimu itu masih ada kelembutan, walau kita sering terlupa kepadaNya, dan kerap membuat salah, namun Dia tetap mengampunkan, dari yang sekecil2 zarah, sehinggalah kepada yang setinggi gunung dan sebanyak pepasir di lautan."

"adakah kita berada di.." awak bertanya lagi.. lalu sy menjawab, " ya, kita berada di baitullahilharam"...

try tengok!

klik! klik!

klik! klik!

rahsia itu misteri~

rahsia itu misteri~

~RAHSIA~

Rahsia yang dikurniakan Allah telah dicipta bukan untuk mudah-mudah dipecahkan, tetapi perlu dirungkai melalui kajian dan pengumpulan pengalaman hidup. terdapat banyak rahsia di dunia ini...

dan jika saya jumpa satu, disinilah tempatnya untuk dikongsi~

klik! klik!

9 budak hitam~

DISKUSI SIDE

sahabat-sahabatku