~AHLI FIKIR~

BERFIKIR CARA TUHAN



doktor itu kerjanya membantu,

menyembuh penyakit yang itu,
walau hanya penyakit kutu,
doktor bisa mencarinya di setiap penjuru.

malaikat maut itu kerjaya mencabut,
nyawa-nyawa umat hingga semput,
sakitnya terasa bagai diragut,
bila ketemu pasti kecut.

wahai doktor, kamu memahami tugasmu,
membantu yang sakit agar kembali tenang,
kerjaya doktor amal mulia solehnya,
ilmunya tinggi mencari penawar bisa,
namun begitu, mereka bukanlah bersahabat,
bukan juga bermusuhan,
itulah malaikat maut wajib beriman,
memerhati dan mengingati kaum manusia,
ingat mati.. mati.. mati..
aku mahu mencabut nyawa..

tetapi doktor itu menghalang tercabutnya nyawa,
diguna sedaya upaya dan macam,
agar tidak lari kemana2 si nyawa,
sedangkan malaikat maut itu setia menunggu,
menanti dan menghitung sambil berkata,
ajal tidak akan lewat sesaat tidak cepat sesaat,
mati itu pasti, hidup.... insyaAllah.

namun begitu adakalanya kita menanti yang mana..
yang mana-mana.. sahaja..
kita mencari doktor dulu,
tidak mengapa kita menunggu,
diruang menunggu rumah sakit kerajaan,
tidak mengapa biar bersila,
tetapi hairan pula pesakitnya ramai doktor pula
dibilang tiada,
tidak mengapa kita setia menunggu
menunggu itu kan indah.
tidak mengapa sehingga lewat 2-3 jam
tidak mengapa... tidak mengapa...
jasad setia hati bersumpah,
maka jadilah sumpah setia,
mari teruskan menunggu sehingga dipanggil ya..
sehinggalah tiba masa aku berkata..

~AGAKNYA MALAIKAT MAUT DATANG DULU DARI DOKTOR~

0 comments:

Post a Comment

try tengok!

klik! klik!

klik! klik!

rahsia itu misteri~

rahsia itu misteri~

~RAHSIA~

Rahsia yang dikurniakan Allah telah dicipta bukan untuk mudah-mudah dipecahkan, tetapi perlu dirungkai melalui kajian dan pengumpulan pengalaman hidup. terdapat banyak rahsia di dunia ini...

dan jika saya jumpa satu, disinilah tempatnya untuk dikongsi~

klik! klik!

9 budak hitam~

DISKUSI SIDE

sahabat-sahabatku