~AHLI FIKIR~

BERFIKIR CARA TUHAN




"kita berada di satu tempat, yang mana kita belum pernah sampai, tempat yang mana ia adalah mungkin, dan mungkin ia menjadi tak mungkin, xpelah, mari kita teruskan.." walaupun awak pada masa itu agak bingung dan tak faham apa-apa, awak hanya mendiamkan diri dan bersabar. sesungguhnya bersabar itu merupakan salah satu kunci kepada pintu2 kejayaan. dan hanya orang yang beriman sahaja yang mampu bersabar dengan dugaan.

perjalanan diteruskan, perjalanan ini agak jauh, namun begitu tidak pula terasa penatnya. ia umpama berjalan didalam mimpi, tidak kira jauh berbatu, namun ia tetap begitu. sehinggalah satu ketika tiba kaki yang berjalan di destinasinya. berdiri dihadapan sebuah pintu gerbang yang teramat besar dan indah. subhanallah. hati pula terasa amat gembira berbaur hiba, bagaikan ia kembali ke tempat asalnya, lalu hendak melepaskan diri dari jasad. titisan-titisan air mata membasahi pipi, dipinta ia mengalir mahupun dipaksa, ia hanya jatuh kerana kehendaknya sahaja.

lalu awak berkata, " kamu, kenapa tiba2 saya rasa macam ni? kenapa macam.." belum sempat kata2 awak disempurnakan, sy terus memegang bahu awak lantas berkata, "mengucaplah, bersaksikanlah bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah, dan sesungguhnya junjungan mulia baginda Muhammad S.A.W itu adalah pesuruh Allah. dihatimu itu masih ada kelembutan, walau kita sering terlupa kepadaNya, dan kerap membuat salah, namun Dia tetap mengampunkan, dari yang sekecil2 zarah, sehinggalah kepada yang setinggi gunung dan sebanyak pepasir di lautan."

"adakah kita berada di.." awak bertanya lagi.. lalu sy menjawab, " ya, kita berada di baitullahilharam"...

0 comments:

Post a Comment

try tengok!

klik! klik!

klik! klik!

rahsia itu misteri~

rahsia itu misteri~

~RAHSIA~

Rahsia yang dikurniakan Allah telah dicipta bukan untuk mudah-mudah dipecahkan, tetapi perlu dirungkai melalui kajian dan pengumpulan pengalaman hidup. terdapat banyak rahsia di dunia ini...

dan jika saya jumpa satu, disinilah tempatnya untuk dikongsi~

klik! klik!

9 budak hitam~

DISKUSI SIDE

sahabat-sahabatku