~AHLI FIKIR~

BERFIKIR CARA TUHAN

Jul
30




... setelah beberapa minit menunggu jawapan dari awak, lalu awak pun berkata, "baiklah, saya ikut, kita akan masuk sama-sama ke dalam jurang tu, tapi kamu jgn tinggalkan saya ye." saya tersenyum lalu saya memegang tangan awak. "sedia?". "ya, sedia." bismillahirrahmanirrahim~

~keadaan semuanya gelap-gelita, langsung tiada kelibat cahaya. kita hanya berenang terus kedasar hanya berpandukan firasat kerdil sahaja. tapi yang menghairankan awak, kenapa kita boleh bernafas dengan mudah di sini? sedangkan bukankah kita berada di dalam air, dan jurang yang terlalu lalu dalam, yang bisa meremukkan tubuh badan? maka tiada kata-kata lain lagi melainkan hanya dengan memuji kekuasaan Allah, hanya dia yang menentukan apa yang patut kepada hambanya, samada ada mahu terus menghidupkan atau mematikan sahaja. di mana-mana sahaja adalah dalam ketentuannya. maha suci Allah~ sungguh agung kuasamu.

~lebih kurang selepas 10 minit, akhirnya kita nampak satu titik cahaya yang mana pada asalnya hanya sebesar lubang jarum, dan makin lama ia kian membesar. awak bertanya, "kamu tahu tak apakah cahaya itu?". lalu saya pun menjawab, "itu adalah cahaya pengharapan. sesungguhnya setiap pengharapan itu bermula dari sekecil hati, dan ia akan terus membesar dalam sanubari.erm... apa harapan awak?" lalu awak menjawab, "saya tak tahu, saya tidak memikirkan apa-apa. kenapa kamu tanya?".. tiada apa yang saya jawab, hanya sedikit senyuman sahaja yang terukir. tuju saja kesana, kita akan sampai. insya Allah~

~cahaya itu terlalu terang dan menyilaukan, tiada sejenis mata pun yang tertahan dengan biasannya. ianya umpama melihat kearah lampu yang benar-benar berada di hadapan mata. keadaan mula berubah, rasa kebasahan diseluruh badan tadi mula menghilang sedikit demi sedikit, bau-bauan laut mula meninggalkan deria. bagaikan berada di tempat lain. masakan pula di dalam jurang yang dalam ada ini semua. subhanallah~ kekuasaanmu, maka siapakah yang dapat tandingi? kaki ini sudah mula rasa menjejaki sesuatu yang berpasir, dan merasai keluhan udara yang adakalanya nyaman dan ada kalanya rasanya sampai ke tulang. awak bertanya, "kita di mana?"....

0 comments:

Post a Comment

try tengok!

klik! klik!

klik! klik!

rahsia itu misteri~

rahsia itu misteri~

~RAHSIA~

Rahsia yang dikurniakan Allah telah dicipta bukan untuk mudah-mudah dipecahkan, tetapi perlu dirungkai melalui kajian dan pengumpulan pengalaman hidup. terdapat banyak rahsia di dunia ini...

dan jika saya jumpa satu, disinilah tempatnya untuk dikongsi~

klik! klik!

9 budak hitam~

DISKUSI SIDE

sahabat-sahabatku