daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkatalah perkara yang baik-baik atau diam, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka muliakanlah jirannya, dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka muliakanlah tetamunya.
hadis ke-15 (hadith 40)
riwayat Bukhari dan Muslim.
berkata perkara yang baik2 atau diam bermakna:
bukanlah suruhan diam itu suruhan yang mutlak tetapi diam dalam waktu yang sesuai dan berkata dalam berkata yang sesuai.
menurut Abu Al-Qasim Al-Qushairi :
diam tepat pada waktunya adalah sifat-sifat org yang besar,
berkata pada waktunya adalah perkara yg sgt mulia.
diamlah jika kata-katamu itu boleh menutup kebenaran ataupun bilamana kau tidak tahu tentangnya, tetapi beriya-iya mahu berkata dan menghuraikan tentangnya. namun begitu diam kerana mahu menyembunyikan perkara-perkara yang hak itu adalah khianat dan zalim.
berkatalah ketika mana kamu mengetahui tentangnya, berkatalah selagi mana ia selamat dimata tuhanmu. maka kamu akan selamat ketika bersoal jawab tentangnya ketika di mahsyar kelak.
namun begitu, pada masa kini, sebahagian muslim itu mendiamkan kebenaran kerana kepentingan masing-masing. mereka menyembunyikan sebahagian dan hanya menerima sebahagian. sedangkan kita tahu bahawa sifat tersebut adalah sifat org2 israel @ yahudi. sepertimana dalam surah Al-Baqarah ayat 42 :
dan janganlah kamu memakai kebenaran dengan kebatilan dan kamu menyembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahui.
namun begitu, ada juga diantara kita yang suka berkata-berkata. kata-katanya gah, hebat dan mengagumkan. kata-katanya sering mengingatkan tentang yang hak dan menjauhkan kepada kebatilan. sedangkan dia tidak melaksanakan apa yang dia perkatakan. masakan pula kata-katanya itu boleh diterima awam. seperti kata-kata ustaz Abdullah Gymnastyar :
jika tidak bisa merobah diri, masakan pula mahu merobah org lain.
jika tidak bisa merobah diri, maka takkan bisa merobah org lain.
golongan org yang seperti ini juga merupakan sifat bani israel seperti yang telah disebutkan di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 44 :
adakah kamu menyuruh manusia melakukan kebaikan padahal kamu melupakan diri kamu sendiri sedangkan kamu (ahli) membaca kitab, adakah tidak kamu berakal?
maka kawan-kawan semua, berhati2 lah dlm berkata-kata, jika diwaktu itu kamu perlu diam, maka diamlah, dan bilamana kamu rasa kata-kata mu itu yang terdiri daripada kebenaran, maka katakanlah kepada semua.
0 comments:
Post a Comment