kat sini ada beberapa tips macam mana nak nak bercakap dengan baik dan menarik.
insyaAllah ia akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah public speaking yang semakin hari semakin meningkat tahap kebosanan pendengar terhadapnya.
tips2 tersebut ialah :
(1) baca lah bismillah di awalnya serta membetulkan niat supaya tidak terpesong dari landasan asalnya.
(2) gunakan set induksi yang menarik dan unik yang mampu anda lakukan tanpa mencalarkan 2)maruah dan imej anda sendiri.. antara >> membetulkan tie dan tudung, memandang audien dan berkata dengan perlahan2, melakukan sesuatu yang menimbulkan persoalan dan sebagainya.
(3) berikan audien anda "SHOCK SOUND" dimana ia mampu menyembuhkan mata-mata audien yang mengantuk serta mengembalikan tahap fokus audien yang mana sebelum ini pemikiran mereka telah sampai ke Calcutta, India. tidak mengapa jika mereka berkata >> oh mak kau>> oh bapak kau >> oh kau yang ku cinta >> dan sebagainya... itu tandanya anda telah sedikit berjaya.
(4) Masukkan sedikit unsur-unsur kecindan yang logik dan sesuai dengan keadaan dan tahap umur audien. jgn buat kelakar yang melampau atau kelakar yang tidak menjadi kerana ia menjadikan maruah anda tergadai. jika mahu memasukkan contoh dalam ucapan, gunakan contoh yang sesuai. contoh yang tidak sesuai adalah spt , menceritakan tentang udang galah masak lemak api yang dimakan bersama sambal tempoyak ketika ditengah2 bulan ramadhan.
(5) jgn kedekut untuk memberikan senyuman, tapi bg yang indah senyumannya. jika anda yakin bahawa senyuman anda mampu menimbulkan penyakit sawan atau menyebarkan virus H1N1, maka hentikanlah dengan serta merta.
(6) habiskan dengan segera ucapan anda jika audien mula menunjukkan tanda2 bosan walaupun anda telah menggunakan segala teknik ucapan yang ada di dunia ini. ini bermakna anda memang tidak berbakat dan sila pastikan anda tidak memberi ucapan lagi untuk masa-masa yang mendatang kemudiannya.
>> maka, selamat mencuba, kerana sesungguhnya mencuba sekali itu adalah lebih baik daripada orang yang takut mencuba, tapi mengkondem org lain yang ingin mencuba. insyaAllah berkesan. wallahua'lam~
0 comments:
Post a Comment