serta kepada sesiapa yang berniat nak datang Jitra pulak, molek benar lah tu serta tepatlah tempatnya utk mencari sesuatu di jitra.
banyak kedai makan yang ada di sini, dan masing-masing terkenal mengikut waktu semasa iaitu waktu pagi (breakfirst), tengahari (lunch), dan malam (dinner).
pada waktu pagi, anda boleh mendapat sarapan roti canai di 2 tempat yang best iaitu kedai roti canai abang dan kedai roti canai roti pisang. masing-masing mempunyai kelebihan iaitu di kedai abang roti anda akan disiapkan dengan segera tanpa berlengah masa lagi. ia sesuai bg sesiapa yang mengejar masa. lokasinya terletak di belakang kedai buku dan surat khabar dihadapan Taman Siswa.
kedai roti pisang pula mempunyai kelebihan dari segi kepelbagaian jenis roti dan rasanya yang enak. tetapi servisnya agak lambat kerana mempunyai pelanggan yang ramai pada setiap pagi sekitar jam 8-10 pagi. kedai ini juga dibuka pada waktu malam. ia terletak dihadapan Taman Siswa di medan selera di sana.
pada waktu tengah hari pula, kedai yang sesuai disinggahi ialah di medan selera juga di hadapan Taman Siswa. kedai kakak mempunyai pelbagai lauk-pauk yang menarik dan murah sangat. namun begitu, jika anda suka ikan keli goreng atau bakar yang besaq2, p pulak ke kedai ikan keli. lauk-pauk disana jauh lebih sedap dan mempunyai ikan keli yang mengancam iman. tapi haraganya pula sedikit mahal dari kedai kakak tapi masih lagi murah bg harga kedah.
pada waktu malam pula, tempat yang paling sedap pula ialah kedai makcik atau lebih dikenali sebagai kedai mak, terletak di medan selera sebelum ke Taman Siswa. walaupun servisnya kurang pantas, namun tetap berbaloi kerana makanannya yang sedap. antara menu yang terkenal ialah nasi ayam masak kunyit, ayam masak merah, dan ayam masak kicap. harganya murah sahaja dan mampu dimiliki. minuman yang terkenal pula yang tiada di kedai-kedai lain ialah minuman sejuk Pappoh, minuman herba yang sedap seperti rasa sarsi tetapi lebih sedap dari itu.
maka, dengan sedikit maklumat tentang tempat makan di bandar darulmana, jitra nih, tiada lah lagi masalah mencari tempat makan yang bagus puas hati. kedah negeri yang rendah kos makannya dan berpatutan rasanya. jgn tersalah pergi ke tempat makan yang menggunakan terlalu banyak pengguanaan aji-no-moto yang boleh mengakibatkan keguguran rambut yang serius. beware!
0 comments:
Post a Comment