

sesungguhnya dengan sedikit kekuasaannya yang telah menjadikan masa berlalu, datang dan pergi, ada satu masa yang telah diciptakan agar kita menjalankan aktiviti2 luar, hanyalah demi mensyukuri nikmat jasad yang telah diberikan secara percuma tanpa sediit pun bayaran. jasad itu adalah amanah Allah yang perlu kita jaga dengan baik tanpa memberi mudharat kepadanya. oleh itu, keluarlah beriadah pada waktu petang (masa lenggang), cuacanya pun sesuai, dan anda tidak bersendirian, ramai lagi yang akan menyertai. beriadah tu membawa maksud bersukan, menenangkan fikiran dengan menghayati ciptaan Allah, dan ia lebih baik dilakukan bersama2 dengan orang yang paling hampir dengan anda.
berlari sedikit, keluarkan peluh sedikit, kemudian nikmati pula yang lain. dengarlah suara2 kicauan burung yang pulang ke sarang, aliran air yang tiada henti, syiling angkasa yang bertukar2 corak pandangannya, dari biru sehingga menjadi keemasan. lihatlah, betapa indahnya ciptaan Allah, hanya kita sahaja yang kurang perasan kerana kurangnya rasa bersyukur dalam diri.
syukurlah, Allah memberi nikmat sejak lahir dan tidak putus sehingga selagi mana hayat di kandung badan. oleh itu, bersyukurlah dengan memerhati, berkata dan beramal.
~sungguh agung kekuasaanmu ya Allah~
0 comments:
Post a Comment