~AHLI FIKIR~

BERFIKIR CARA TUHAN



(gambar hiasan)
ihsan Ustaz Fath-hi al-mawari.

ketika mana waktu semakin pandai beredar, pasti bagi para ibu bapa merasai bagaimana perit dan payahnya membesarkan walaupun hanya seorang anak. begitu banyak perumpamaan daripada mereka tentang anak-anak. ada yang mengatakan bahawa menjaga anak perempuan ni adalah lebih susah daripada menjaga sekandang lembu. sukar untuk diterangkan, tapi mungkin mudah untuk diumpamakan.

namun begitu hasilnya adalah nukilan ini yang hanya ditujukan kepada ibu2 dan ayah2 di kampung, dari hati seorang anak yang tidak bisa diluahkan secara zahirnya, namun diusaha untuk dibuktikan dengan kewujudannya disisimu. semuanya dinukilkan dalam warkah ini.



to : ayahanda dan bonda.
from : anakanda perantau.

masih jelas dalam fikiranku bagaimana ayahanda dan bonda membesarkanku,
bermula dari kecilku sehingga tua ku,
dari jahilku sehingga arifku,
dari lemahku sehingga perkasaku.

wahai bonda ayahanda,
terima kasih dari anakmu,
kerana membiarkan kami hidup sehingga kini,
usahamu mencari sepinggan nasiku,
amat aku hargai,
namun tak terbalas jasamu,
menyuapkan makan minumku,
menyua pakai ku,
membersih badan ku,
namun begitu, mengapa masih tega diriku mengingkarimu.

wahai bonda ayahanda,
tak sabar kami menunggu satu hari,
dimana kami terkenangkan dosa2,
dah ditimbuni sejak lama lagi.
walaupun ia lebih tinggi dari gunung,
dan lebih banyak dari pepasir pantai.
namun pada hari itu,
ia menjadi rata kerana keampunanmu itulah syurga.

wahai bonda dan ayahanda,
pada hari ini kami pulang ke kampung,
dengan tujuan bertemu mu,
meringankan gerak kerja mu,
mengurangkan titisan keringatmu,
dan menyejukkan perutmu melahirkanku.
keberbedaan anakmu hanya keranamu,
tiba masanya mencurahkan bakti dan kasih sayang,
yang menjadi hutangku.

bonda dan ayahanda,
pada hari ini kami pulang kepadamu,
kelak jika tiba seruan ilahi,
memanggil kami pulang mendahuluimu,
tiada apa yang kami harapkan,
hanya ampun dan maaf dari jemari2 fana.
kelak kami akan hilang dari pandangan dunia,
namun kami tahu, dihatimu tidak pernah terpadam.
begitu juga kami,
walau terpisah dunia yang menjadi hijab,
dan waktu tidur yang panjang.

wahai bonda ayahanda,
tidurlah dengan amanmu,
pada malam ini anakmu bangkit mendoakanmu,
meminta,
wahai tuhanku,
ampunkanlah dosa-dosaku,
dan dosa kedua ibu bapaku,
yang telah menjaga dan membesarkanku,
sejak kami kecil lagi.
wahai tuhanku,
kurniakanlah kepada mereka rezeki yang berkat,
dan kehidupan yang diredhai,
panjangkan umur mereka dalam iman,
dan akhirinya juga dengan iman.
dan takdirkanlah kepadaku,
menjadi anak yg soleh kepada mereka,
dari bermula hidupku, dan matiku,
dan sehingga kita dipertemukan kembali,
dimana aku adalah anak,
dan kamu adalah bonda dan ayahandaku~

0 comments:

Post a Comment

try tengok!

klik! klik!

klik! klik!

rahsia itu misteri~

rahsia itu misteri~

~RAHSIA~

Rahsia yang dikurniakan Allah telah dicipta bukan untuk mudah-mudah dipecahkan, tetapi perlu dirungkai melalui kajian dan pengumpulan pengalaman hidup. terdapat banyak rahsia di dunia ini...

dan jika saya jumpa satu, disinilah tempatnya untuk dikongsi~

klik! klik!

9 budak hitam~

DISKUSI SIDE

sahabat-sahabatku