~fokuskan minda itu pada satu titik, tak perlu memejamkan mata, tak perlu buat2 mengelamun, hanya fokus. kita mulakan perjalanan kita dengan ~bismillahirrahmanirrahim~ anda bersedia?
perjalanan kita bermula disini, kita berada di satu tempat, kita berdua berada disana, saya di sebelah kanan, awak sebelah kiri... ketika itu musim hujan, tidak lah lebat, tidak juga renyai2.. kita berada di denai, dipayungi rimbunan daun, setitis demi setitis air terkena di kepala, namun ketika itu lidah menyebut~ maha suci Allah~ di manakah aku ini?
kita berada di sebuah tempat, saya pun tak tahu, tapi marilah teruskan perjalanan. ~bismillahirrahmanirrahim~ langkah pertama dimulakan diikuti oleh langkah seterusnya. sejuk kan tempat ni? dalam hujan2 makin sejuk rasanya. nah, saya ada bawakan baju hujan untuk awak, saya satu awak satu. berkongsi dalam bersahabat tu kan lenih baik daripada nikmati sendiri2 kan? Allah suka kalau kita kalau kita begini =) awak mengambilnya dengan sedikit senyuman manis terukir di bibir.
sekarang kita sudah sampai di satu tempat, ada sebuah tasik yang indah di hadapan, angin2 petang diwaktu mendung menyapa, dan pohon2 turut melambai keriangan. awak berkata lagi, maha suci Allah, apakah tempat yang indah ini? ianya sangat damai dan menenangkan, segala kerumitan harian, terhenti disini, dada ini terasa lapang, sedangkan lidah tidak putus2 memuji Allah. namun begitu perjalanan ini masih jauh. "pegang tangan saya nih, kita masih jauh.." selepas itu kita menuju kehadapan, ke arah tasik yang membiru. air sudah mula mencecah sehingga ke buku lali. awak risau? "macam mana ni? saya tidak tahu berenang!" lalu saya berkata, "sesungguhnya dengan kekuasaannya, Dia menentukan hidup dan mati. dan hari ini Dia membawa kita kesini, pasti ada hikmahnya, jangan takut ya!" dan kita berjalan sehingga tidak kelihatan kepala di daratan, dan kaki tidak menyentuh ke lantai tasik.. teruslah memuji Allah~
hari ini kita ditakdirkan dapat melihat hidupan di air, jarang sekali bagi kita merasainya, hanya disini, dengan kuasa Allah, tiada apa yang mustahil. kita terus menuju kehadapan, sehingga tiba si sebuah jurang yang paling dalam dan amat gelap gelita. "jom kita ke sana." awak terkejut, ia terlalu dalam, dan amat gelap, tidak dapat dilihat dengan pandangan mata lagi. "awak takut? letaklah takut hanya kepada Allah Taala~ saya tersenyum dan menunggu jawapan dari anda.
dan~~~ saya terus menunggu~~
0 comments:
Post a Comment